Pages

Monday, October 17, 2011

Hadiah yg tidak seberapa.....

Setelah sebulan lebih menanti akhirnya inilah hasilnya.......rumah baru utk mak dan ayah di tempat baru dan suasana baru.....
Sebenarnya terdapat pelbagai kisah suka dan duka dlm proses kehidupan utk sampai ke tahap ini...
Apa2 pun kami semua (emak, ayah dan anak-anak) bersyukur yg tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dgn limpah kurnianya.....inilah hasilnya.....mak dan ayah dpt tinggal di rumah baru seperti yg mereka hajatkan

Pada mulanya bila mak bersuara utk berpindah rmh ke tanah pusaka tok wan sebelah ayah, kami adik beradik seramai 5 org amat tidak bersetuju krn kawasan ini jauh drp rumah org lain dan yg paling hujung sekali dlm kampung.....tanah yg dulunya kebun kelapa sawit....

Saya dan suami mencadangkan mak dan ayah tinggal bersama kami di sungai petani tp mereka menolak mungkin krn x selesa tinggal di kawasan perumahan.

Lalu kami cadangkan mereka tinggal di rmh peninggalan arwah tok sebelah mak yg kini didiami oleh abang Lan (anak ke 4). Rumah tu terletak di kampung sebelah tp ayah kurang selesa sbb tidak ramai kenalan rapat memandangkan ayah tidak dpt melihat spt org lain....klu di rumah lama biasanya ada org kampung yg perihatan menghantar ayah pulang dr surau setiap malam....

Jadi mak dan ayah tetap dgn pendirian mereka untuk bina rumah baru....

Benar Allah itu maha kaya dan kepadaNyalah tempat kita memohon dan berserah....Allah telah permudahkan segala urusan dlm pembinaan rumah ini dan setiap masalah yg dihadapi dpt diatasi....

Sebagai contoh pd asalnya budget utk bina rmh ni tak sampai pun RM20K(budget mak & ayah)...bayangkan mcm mana rmh yg terlalu kecil budgetnya.....tp atas kerjasama anak2 kami dpt sediakan budget lebih RM30K. Tetapi setelah semuanya siap total kos telah mencecah RM50K...dlm suasana kehidupan hr ini dgn cost of living yg semakin meningkat dan commitment yg sedia ada manakan dpt utk menyediakan kos yg besar mcm ni dlm tempoh yg singkat......Alhamdulillah Allah yg memberi rezeki....

Satu lg contoh yg ketara ialah kos utk kabel elektrik.....sepatutnya kos tersebut hampir RM2K disebabkan kawasan ini agak jauh drp rmh org lain tetapi akhirnya....kami dpt jimat dlm RM1K disebabkan TNB tgh dlm proses menyediakan kabel ni sampai hujung kg. Ini pun projek yg dimohon oleh org kg 2 thn lalu....Allah maha mendengar....

Itulah kisahnya.....Dgn rahmatNya kami dpt sediakan kediaman yg selesa utk mak ayah walaupun rmh ni biasa je....tp jauh lebih baik dr rmh yg lama....bersih, luas dan selesa.....lepas rmh ni siap br kami perasan yg environment kt sini pun best......apa yang saya belajar di sini...kalau niat kita baik InsyaAllah, Allah akan permudahkan jalan untuk kita.

Semoga mak dan ayah mendapat ketenangan.....hidup di dunia ni hanya sementara...kita mesti rebut peluang utk perbaiki diri dan menambahkan bekalan ke akhirat...apalah sgt sumbangan kita pd ibu bapa jika dibandingkan pengorbanan mereka membesarkan kita dlm keadaan serba kekurangan.....semoga Allah memberi hidayah dlm berbakti kpd ibu bapa....sementara masih ada WAKTU.....kerana kita hanya ada satu emak dan satu bapa shj di dunia ini.

" Barangsiapa yg bertakwa kepada Allah, Dia akan mengadakan baginya jalan keluar serta meberinya rezeki dr arah yg tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yg bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah menetapkan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah At-Talaq:2-3)

Ayat Seribu Dinar 


No comments:

Post a Comment